" Wait, apa kau panggil aku tadi? NENEK?? Slamber badak je kau panggil aku camtu kan. Eh atuk,
aku nak tanya sikit, bila masa aku jadi nenek kau hah? HUH ! "
Suara Ayien yang lantang bagaikan bergema
di dalam kelas 4 Sains 2. Semua orang bagaikan terpaku mendengar jeritan
pelajar baru yang bernama Nurul Fariyana Zyafiya binti Mohd Johan itu.
"Ada ke kau dengar aku
cakap kau ni nenek aku? Aku cuma panggil kau nenek je. Tak salah kan?" Arash
berjalan menuju ke arah Ayien yang sedang berdiri bercekak pinggang itu. Wan
Arafiq Arash bin Wan Tajudin yang lebih dikenali sebagai Arash mengerutkan
keningnya sambil matanya tidak lepas daripada memandang Ayien.
Ya Tuhan ~ Mamat ni, ada yang kena makan
satgi. Boleh dia tanya aku camtu. Salah ke panggil aku 'nenek'? Huh. Ayien
mengeluh didalam hati. Dah la rambut ngan muka tu macam mafia, sesuka hati je
nak kutuk aku.
" Eh atuk, lenkali nak
panggil orang tu, bior le bersopan sikit, aku ada nama la. A Y I E N ! "
muka Ayien cemberut memandang muka mamat tiga suku yang masih lagi tidak beriak
itu.
" Atuk? EH, kalau aku
atuk dan kau nenek, maknanya kita kawin la kan? " Arash dengan muka yang
serius bertanya sambil menahan tawa yang mula bertamu di hati. Dalam diam, Arash
memuji kecomelan Ayien yang kecik di pandangannya itu. Ayien dengan cermin mata
berbingkai besarnya itu sambil bercekak
pinggang dilihatnya bagai kanak-kanak yang sedang mengamuk akibat tidak
dibelikan ice cream.
" Kau saja nak kenakan
aku kan? Eh, kalau kau muda sangat kan, bagitau aku sikit, bulan berapa kau lahir? "
Mamat ni kan, saja nak cabar
kesabaran aku. Aku ni, dah la baru seminggu kat sekolah ni, terus dapat gelaran
baru. 'NENEK'? Tak senonoh langsung. Sesedap rencah Adabi je dia panggil aku
camtu. Mentang-mentang la aku ni pelajar baru, dari sekolah agama lak tu, dia
ingat dia boleh buli aku? Tolonggg sikit. Ni Nurul Fariyana la, anak Encik
Johan. Setakat mamat tiga suku camni, takkan la aku tak boleh nak lawan. Kutuk
Ayien didalam hatinya.
"Aku lahir bulan
sebelas, November ! Kau?
" Sama. Tarikh? "
"26 haribulan. "
" Eh atuk, kau jangan
main-main la ! Kau sengaja nak mainkan aku kan? Kau da tahu tarikh lahir aku, then kau sengaja mention tarikh lahir aku !
" Tuduh Ayien.
" Ape plak, takdanya aku
nak ambik tahu tarikh lahir kau. Eh Zarul, cuba kau bagitau nenek ni, betul
ke tak birthday aku
26 November. "
Zarul yang sedang berada di sebelah Arash
mengiyakan kata-kata Arash. Dia hanya menggeleng kepala melihat telatah si Ayien
dan Arash yang masih bertelagah mengenai umur masing-masing.
" Kau kan ! Ishhhhhh..
Jangan la panggil aku 'nenek', tak senonoh tahu tak. Aku muda lagi la. Yang kau panggil aku nenek tu apesal? "
"Babai NENEK, aku ada
kerja, next time kita gaduh lagi ek. " Arash mengenyitkan matanya lalu
berlalu pergi meninggalkan Ayien yang sudah kemerahan mukanya.
***
" Ayien, asal kau marah
sangat dekat Arash tu? Aku dengar kau mengamuk dalam kelas tadi. Pe cite? "
Bukan sukar untuk Miera meneka riak wajah teman baiknya itu. Ayien, kalau dah
membisu, pasti ada sesuatu yang mengganggu emosinya. Kalau tidak, pasti sudah
kecoh suasana di kantin itu dengan keramahan si Ayien.
Ayien dilihatnya masih lagi termenung
memandang ke arah luar sekolah.
"Oi makcik, aku tanya
ni, kau ada masalah ke ape? Termenung macam kucing hilang anak ni kenapa? "
" Aku GERAM la. Kau jangan kacau aku boleh tak? "
Akhirnya~
Miera lebih rela dimarahi oleh Ayien
daripada membiarkan Ayien terus membisu. Tiba-tiba terdengar esakan kecil dari
arah di mana Ayien berada.
" Ayien, kau kenapa ni?
Ala.. Sorry la. Jangan la kau nangis lak, tak macho la. "
" Mangkuk kau punya
macho. Hahahhaha.. Aku pempuan la senget ! Yang kau pergi cakap tak macho kalau
nangis tu pesal? Spoil betul, aku baru nak fehling sikit. "
" Eh budak ni, baru tadi
kau duk melalak meraung, tetiba kau bantai gelakkan aku plak. Sape yang senget
sekarang? Aku ke kau? " Pening kepala Miera melihat emosi Ayien yang
tiba-tiba berubah.
" Aku test kau je la
tadi, nak tengok kawan aku ni sayang aku ke tak. Hehehe.. Jum la sayam, kita
gerak masuk kelas, mengamuk lak Inche Misai tu satgi. "
Miera, maafkan aku. Aku taknak korang tahu
sejarah silam aku.
Sebaik sahaja pulang ke rumah, Ayien terus berteleku didalam biliknya tanpa
menyalin pakaian terlebih dahulu. Diari putihnya terus dibuka.
-----------------------------------------------------------------------
Dear
Mr. b,
Hari
ni genap seminggu aku menjadi pelajar tingkatan 4. HAHAHA.. Tak sangka kan,
akhirnya aku keluar jugak daripada sekolah tu. Mimpi ngeri aku dah berakhir.
Akhirnya, aku bersyukur sangat walaupun aku dah bazirkan masa selama 3 tahun
hidup di sana, aku still boleh survive. Hurmm, banyak yang terjadi selama aku
kat sana, semua berubah. Terutama attitude aku, aku jadi budak cengeng yang
selalu menangis bila duduk seorang diri, hipokrit dengan jadi seorang budak
yang nakal dan garang bila berhadapan dengan semua orang. Huh. 'Berjaya' betul
hidup aku selama tiga tahun. Penuh dengan kehidupan yang pura-pura. Akhirnya
aku dapat jadi diri aku. Aku yang mampu tersenyum bila berhadapan dengan orang,
aku yang banyak celotehnya. Tapi, aku tak mampu untuk bergelak tawa dengan
semua orang. Aku rasa kekok. Aku tak mampu menerima gurauan orang lain. Mungkin
aku perlukan masa.
Mr.b,
Hari
ni, aku bergaduh dengan seorang mamat di dalam kelas aku. Sengal betul mamat
tu, ada ke patut dipanggilnya aku 'nenek'? Nak je aku baling kasut ke muka dia.
Tapi, bukan perasaan marah je yang aku rasa. Aku terkejut, aku bagaikan berada
di sekolah aku yang lama. Tak sangka, wujud lagi trauma yang sama. Tapi, aku
anggap mamat itu hanya bergurau. Asalkan dia tak kaitkan aku dengan mana-mana
manusia lain, aku akan anggap semua tu hanya gurauan. Pertama kali aku rasa kewujudan
mamat itu. Siapa dia? Kenapa dia begitu berani memanggil aku begitu?
-----------------------------------------------------------------------------------
Nurul Fariyana termangu di atas katilnya.
Ingatannya kembali berputar mengingati kejadian yang berlaku di sekolah pagi
tadi. Sepet !
' Ishh, buat apa aku ingat kat mamat mafia
tu. Buang karan je. Baik aku isi perut aku yang dah berlagu riang ni. ' Rungut
Ayien sambil menghayun langkah menuju ke dapur.
***
"Uit makcik ! "
Ayien tersentak dengan sergahan Miera.
'Kurang asam jawa punya member,
disergahnya aku time aku best berangan kat tepi tingkap ni.'
"Ayien, aku dengar cite
kan, ada budak baru nama Haikal baru masuk kelas sebelah. Jom pergi usha nak
tak? Aku dengar mamat tu anak pengetua, dari sekolah agama. Macam kau la. Muka
dia iras-iras korea, mesti hensem kan? Jom la.. Teman aku. " Miera menarik
tangan Ayien untuk mengikutnya ke kelas sebelah.
Dengan langkah malas, Ayien mengekori
langkah Miera.
Suasana hingar bingar kedengaran di dalam
kelas 4 Sains 1. Semua orang tidak mengendahkan kehadiran Ayien dan Miera ke
kelas mereka. Mata Miera galak mencari muka baru di dalam kelas tersebut.
" Hah. tu dia. Jom
Ayien. " Tangan Ayien ditariknya menuju ke hujung kelas.
' Macam aku kenal je mamat tu.' Ayien
mengerutkan keningnya.
" KAU ! "
" Eh Zyaf ! Kau watpa kat sini? "
" Zyaf? Ayien, kau kenal dia ke? Asal
dia panggil kau Zyaf? "
" Mamat ni satu sekolah ngan aku
la.. Haha.. Muka ni kau cakap hensem? Muka macam bangunan tak siap ni? Lahai..
Mata kau letak kat lutut ke apa Miera oii.. HHAHahahaha.. "
Dushh..
"Sakit la bodoh ! " Ayien
mengusap kepalanya yang disiku Faris. Kurang ajar punya Faris, disikunya kepala
aku buat apa.
"Padan muka kau Zyaf, yang ko cakap
muka aku macam bangunan tak siap tu kenapa? Muka aku sikit punya hensem, kau cakap tak siap. Saja je kan cari pasal ngan aku. By the way, Cik Nurul Fariyana
binti Mohd Johan, sejak bila kau jadi feminin ni? "
" Feminin? Maksud kau? "
" A Y I E N ! " diejanya satu
persatu.
"HAhahhaha.. Tu nama timangan aku
kat rumah la, kau ape tau. Kau ingat aku brutal sangat ke? " Ayien menggaru
kepalanya yang tidak gatal.
"Tak brutal kau cakap? Habis, siapa
yang selalu kena panggil masuk bilik warden kalau bukan Nurul Fariyana Zyafiya binti Mohd
Johan atau lebih pemes lagi dengan panggilan Zyaf? "
" Senget ! Jangan la kau ungkit citer
kat sekolah lama tu. Malu aku, hahahha.. "
" Nenek !!! "
Tiba-tiba terdengar jeritan daripada pintu hadapan kelas
4 Sains 1.
Ayien segera berpaling membelakangkan manusia yang tak
berapa nak siuman itu. Segera dihayunkan langkah untuk keluar daripada kelas 4
Sains 1 sambil menarik tangan Miera.
"Miera, jom la. Bala dah sampai tu.
Sebelum perang meletus kat sini, baik kau ikut aku ! "
"Uit Ayien, asal kau takut sangat
dengan si Arash tu? Dia ok je la. Dia tak macam yang kau fikirkan. "
"Kepala hotak kau punya ok, kau macam
tak tahu, semua budak tingkatan 4 dah start panggil aku dengan panggilan tu.
Mimpi ngeri aku, tau tak? Ishhh.. Tak sanggup aku ! "
Tiba-tiba sebaik sahaja Ayien dan Miera sampai di
hadapan pintu kelas mereka, terdapat tangan yang menghalang laluan mereka.
"Kau?? Asal kau sekat kitorang ni?
Tepi la, aku nak lalu ! " Ayien cuba menolak Arash yang menghalang laluan
mereka daripada memasuki kelas.
"Perasan la nenek ni, mana ada aku
sekat korang. Pintu sikit punya besar kau tak boleh lalu ke? Bukan kau besar
sangat pun ! "
Ayien yang hanya setinggi paras dada Arash terpaksa
mendongak untuk memandang wajah Arash. Matanya mencerlung tajam memandang wajah
Arash. Tiba-tiba, Arash menundukkan sedikit badannya lalu berbisik di telinga
Ayien.
"Nenek, tak payah la kau bulatkan
sangat mata kau tu. Aku cadangkan, kau tukar spek kau tu, pakai yang kecik sikit.
Mata kau tu bukan besar sangat pon. Spek kau tu dah tutup separuh daripada muka
kau, tahu tak? "
" Arashhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! " Kedengaran
jeritan Ayien bergema di seluruh penjuru bangunan di blok A sekolah Tengku Abd.
Rahman itu.
***
3
bulan kemudian..
--------------------------------------------------------
Dear Mr.B ,
Sedar tak
sedar, dah 3 bulan aku menjadi pelajar di sekolah ini. Cepat betul waktu
berlalu kan? 4 Sains 2 dah jadi sebahagian daripada hidup aku. Pelbagai ragam
yang aku jumpa di sekolah ini. Budak - budak yang suka bergaduh, ada yang
berperangai seperti ulat buku, malah ada juga yang suka 'dating'. Hahaha.. Di
sini aku mula mengenal erti kehidupan. Tak semua orang dapat apa yang mereka
mahukan. Aku mendapat peluang kedua disini. Ye, mula-mula aku agak takut untuk
memasuki sekolah ini, al-maklumlah, sebelum ni aku pelajar di sekolah 'agama',
duduk di asrama. Walaupun aku bukanlah dikategorikan sebagai pelajar yang
berdisiplin, tetapi aku berada di kalangan orang - orang yang agak pandai.
Rupa-rupanya aku tersilap dalam percaturan hidup aku, taraf sesebuah sekolah
itu tak dapat dinilai melalui sebuah nama. Walaupun sekolah aku sebelum
ini bagus, tapi, aku tak pernah mengenal erti kehidupan, aku hanya mengenal
untuk belajar dan disebabkan perkara 'itu', aku mula berubah. Menjadi seorang
yang sangat hipokrit.
Mr.B
Kat sekolah
ni, semua orang terima kehadiran aku. 'Arash', lelaki yang pada mulanya aku benci,
akhirnya daripada lawan, bertukar menjadi kawan. Agak nakal pada mulanya, dia
menghulurkan tangan sebagai tanda persahabatan, dan aku tanpa ragu- ragu
menyambutnya. Hahaha ! Tapi, gelaran yang diberinya masih lagi kedengaran
walaupun bukan dari mulut Wan Arafiq Arash. geram betul aku dengan...
" Ayien !!! "
Tiba - tiba kedengaran jeritan Encik Johan,
papa Ayien memanggil daripada laman rumah. Ayien terus menyimpan diarinya
kedalam laci lalu keluar bagi menemui papanya.
" Ye pa, asal panggil Ayien?
Papa nak belanja Ayien Kfc ke? "
"Ish budak ni, makan je
tahunya, tak habis-habis dengan ayam Kfc. " Encik Johan menggeleng
melihat telatah anak perempuannya itu.
"Abis tu, papa panggil
Ayien ni kenapa? Ingatkan papa nak belanja Ayien makan. " Panjang
muncung Ayien sambil memeluk erat lengan papanya.
"Papa nak tanya, macam
mana dengan sekolah Ayien? Semua ok ke? Papa tak nak perkara sama berlaku lagi
di sekolah baru ni. "
"Ala papa ni. Ayien
takda la brutal sangat. Ayien da berubah la. Hehe. "
"Boleh percaya ke anak
papa ni? Jangan pulak lepas ni papa kena panggil masuk bilik disiplin pulak
lagi sekali. " Encik Johan merenung ke arah wajah Ayien meminta kepastian.
" Betul la papa, Ayien
malas dah nak create problem.
Lagipun, Ayien kan dah duduk dekat uma, watpa Ayien nak lari dari sekolah lagi.
Kan? "
Baby I love you
and I never let you go
but if I have to
boy I think that you should go
all the love we made
will never be erase
and i promise you that you were never be replaced
Tiba-tiba kedengaran lagu baby i love you berkumandang di dalam poket
seluar Ayien.
" Pa, Ayien masuk dulu
la, member Ayien kol. " Ayien terus melangkah masuk meninggalkan papanya
di laman rumah.
" Uit, kau katna? "
" Bagi salam dulu la
pakcik. "
"Sorry la makcik, aku
nak cepat ni. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kau katna Ayien?
"
" Waalaikumsalam, aku
kat uma la, asal? "
" Kau busy tak? Teman aku beli barang kejap. Please.. "
"Arash, kau bukan tak
tahu, mama ngan papa aku mana kasi aku keluar dengan lelaki. Zarul kan ada, kau ajak la dia temankan. "
" Ala kau ni.. Bukan
selalu pun aku ajak kua. Jom la. "
"Tak boleh la Arash.
Lenkali je la. Aku mintak maaf sangat sebab memang aku tak boleh. "
Tutt tutt..............
Tiba-tiba talian diputuskan. Ayien
termangu seorang diri.
' Aku ke yang bersalah? '
Mata Ayien melilau mencari kelibat Arash.
" Zarul, kau ada nampak
Arash tak? "
"Arash mana ada. Dia
pergi kem la. Dia tak mention dekat
kau ke? Aku dengar semalam dia cakap nak ajak kau teman dia beli barang. "
Suara Zarul bagaikan tidak kedengaran di
telinga Ayien.
Kosong.
Itu yang dirasakan oleh Ayien.
'Aku gila ke apa? Lantak dia la nak pergi
kem ke apa. Bukan masalah aku pun. Tapi, pakcik ni pun satu, sekurang-kurangnya
hantar la mesej sekeping bagitau yang dia nak pergi kem. '
"Oi makcik, yang ko
membebel sorang - sorang tu kenapa? Jum la makan, aku lapar la. "
" Miera, daripada kau ajak si Ayien tu, baik kau ajak aku. Tinggal je dia sengsorang lam kelas.
" Zarul menarik tangan Miera menuju ke arah kantin. Ayien masih lagi duduk
di mejanya menongkat dagu sambil merungut seorang diri.
"Ishh, semak la aku
fikir pasal pakcik sorang ni. Miera, kau kata apa tadi? " Ayien mengangkat
mukanya memerhati sekeliling kelas.
"Ishh, kurang asam
punya member, mentang-mentang ada si Zarul, kau tinggal aku ye. Siap kau ! "
Ayien terus mengemas mejanya untuk ke kantin.
Seminggu berlalu, genaplah seminggu sejak kelas 4 Sains 2
bertukar daripada kelas 'hantu' kepada 'rumah mayat'. Sepi masih mengisi
suasana kelas itu. Tiada lagi kedengaran suara orang bertelingkah yang
kebiasaannya meriuhkan suasana.
" Ayien ! "
Lakaran Ayien terhenti. Dia mendongak
memandang makhluk yang singgah di mejanya.
' Arash.. '
Hatinya menyeru nama jejaka yang singgah
di mejanya. Lalu, Ayien tunduk memandang mejanya bagi menyambung kembali
lakaran kartun yang terganggu.
" Ayien ! Ni aku la,
Arash. Baru seminggu aku pergi, kau dah tak ingat aku ke? "
" So? "
" Kau tak nak tanya ke,
aku sihat ke tak, makin hensem ke tak, cukup makan ke tak? Yang kau buat derk je
ni kenapa? Kau marah aku ek? "
" Asal plak aku nak
marah kau? " Ayien masih lagi leka melakar tanpa melihat wajah makhluk yang
tidak diundang itu.
"Ye la, aku dengar, ada
orang tu, seminggu aku takda, seminggu jugak dia kurang bercakap. "
" Sape plak yang cakap
aku camtu? Kau habaq mai kat aku sikit. " Ayien terus berhenti daripada
melakar. Matanya memandang tepat ke arah Arash yang sudah duduk berhadapan
dengannya.
"Ayien, ada ke aku sebut
nama kau? Hahaha... Nampak sangat kau lah orangnya kan.. "
"Cishh, kau bahan aku ye?
Amik nih.. " Dipukulnya Arash menggunakan bekas pensilnya.
"Adushh, sakitla. Kau tak
sayang aku ke Ayien? "
"Banyak la kau punya
sayang. Pegi main jauh-jauh, aku nak buat kerja. "
Lagu Red-Blooded Woman nyanyian Kylie bergema di telinga
Ayien. Ayien meniarap di atas katilnya dengan headphone yang tersumbat di
telinga. Tangannya masih laju menulis nota sejarah yang masih lagi tertangguh
sambil mulutnya menyanyi mengikut rentak Kylie.
' Ee.. Bosan betul buat nota ni. Inche
Misai ni pon satu, kenapa la nak kena hantar jugak nota ni. Dah la kena hantar
besok jugak. Dasar sarkastikus tul, ni betul-betul mendatangkan kemalasan tahap
giga. Arghhhhhhhh.. ' Jerit Ayien di dalam hatinya.
Bip.. bip..
Tiba-tiba handset Ayien berbunyi
menandakan ada mesej yang baru masuk.
' Ya Allah, makhluk mana la yang malang
sangat hantar mesej time aku nak jadi hulk ni.
Kang aku marah, ada plak yang touching tak
tentu pasal. ' Ayien merungut sambil tangannya laju mencapai handset di birai
katil.
Mafia sn2 > oit makcik, kau dah siap belum Add Math?
Cishhh.. Mamat ni rupanya. Ayien
menjuihkan bibirnya. Laju jari Ayien menekan butang reply.
Bip..bip..
Tak tido lagi minah ni rupanya. Arash
tersenyum apabila handsetnya berbunyi.
Ayien > brpa kli ak ckp, bagi salam dulu la
pakcik ! Aku dh ciap da Add Math tu, asal?
Bip..bip..
Mafia sn2 > Assalamualaikum
w.b.t. Salam sejahtera terhadap kamu wahai saudari Ayien. Saya cuma nak
menyampaikan amanat kawan saya terhadap saudari, saudara Zarul meminta saudari
untuk membawa buku Add Math ke sekolah esok hari kerana saudara Zarul hendak
meminjamnya. Bolehkah saudari menunaikannya?
" Eeee.. Sengalnya mamat
ni. Schematic betul
la. Aku punya la tengah hot, dia memain lak. Malas aku nak layan. " Ayien
membebel seorang diri, handsetnya terus dioff dan dicampak ke atas
katil adiknya. Jarinya kembali menulis nota sejarah walaupun matanya sudah
menunjukkan aura-aura mahu surrender dan
tidur.
' Eh, kenapa budak ni tak balas lak mesej
aku. Tiba-tiba je diam. Takkan dah tidur kot. ' Arash yang pada mulanya
berbaring di atas katil terus bangun sambil mengerutkan dahinya. Dia pelik,
sudah 5 keping mesej dihantarnya kepada Ayien, tetapi tetap tiada balasan.
" Takkan dia marah kot,
bukan aku cakap apa-apa pon. "
Tanpa membuang masa, Arash mencari nombor
telefon Ayien di dalam contacts handsetnya.
Butang call terus ditekannya apabila tertera
nama Ayien.
Sorry, this is the voice mailbox for....
Amboihh.. Terus di'off 'nya
telefon tu. Siap ko esok budak kecik.
***
" Ayien, tunggu la aku
kejap.. " Miera termengah-mengah mengejar Ayien yang sudah laju berjalan
di hadapan. Sudah menjadi kelaziman bagi mereka berdua untuk sama-sama berjalan
kaki untuk ke sekolah. Bagaikan berjanji, Ayien yang sudah jauh meninggalkan
Miera terserempak dengan Arash di depan pintu pagar sekolah. Masing-masing
menarik muka dan terus berlalu tanpa menegur antara satu sama lain.
" Kenapa diorang tu?
Takkan berperang kot. " Zarul yang baru sahaja selesai mengunci basikalnya
bertanya pada Miera yang baru sahaja sampai.
" Entah, tadi Ayien ok
je. Jom la masuk kelas, loceng dah berbunyi tu. " Miera terus menarik
tangan Zarul. Nafasnya masih lagi tidak teratur dek mengejar langkah Ayien yang
laju tadi.
' Nampaknya, perang meletus lagi la ni..' Hati Miera menggerutu.
' Nampaknya, perang meletus lagi la ni..' Hati Miera menggerutu.